~~Anniversary Kami.....~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rayyan Darwisy ku 10 bulan...

 Anak Bujangku sudah 10 bulan...teruja kejap ok!..
sbb anak dah makin besar,bijak dan lasak...huhuhu 
(berpeluh ketiak jugak mengejar rayyan darwisy merangkak..laju tu...)


jom layan gambar dia...tengak ni...

 semua benda nak capai..usik sane sini asal dpt pegang pun dah ok... !




semua benda dia nak buka xkira lah apa2 pun..
paling suke buka almari pastu hempaskan kuat-kuat..
pastu ketawa mcm muka xbersalah ok..!



 semua benda dia nak masuk..
xkira kotak ke,beg baju ke atau bakul...asal dpt masuk..!!
pastu xnak keluar-keluar lak..
apa syok sangat dok dlm tu..Rayyan...




semua benda dia nak panjat..
xkira lah apa-apa pun...
asal dapat buat kalau di larang,kitepulak kena marah ok!...
(sapa patut marah sapa ni...??)





semua benda dia nak gigit xkira keras ke lembik....
asal suke semua masuk mulut..klu gigit org pun dia suke..




hanya tgk tv je dia x tgk semua rancangan..
hanya kartun boboiboy saje yang menjadi pilihan hatinya...
dapat gak lah rehat 1/2 jam sbb dia dok layyan cite ni..so layyan...



semua benda nak terjah xkira bahaya atau tidak..
orang sibuk nak buat keje..dia pun sibuk nak tolong...
paling suke usik barang-barang abah dia..mcm fhm je..apa abah buat..




pastu bila dah tido xbley bising ok..nnti kalau dah bangun abis semua
 aktiviti di atas dia nak buat....shhhh......

 ini lah anak aku Rayyan DArwisy..
umi doa rayyan jadi anak yang soleh,bijak,hormat org tua dan penyayang..
semoaga rayyan sihat sentiasa dan membesar jadi anak yg baik..amin..
peace!!...






Warna-warni kehidupan....

borink kian kemuncak pulak pagi2 ini,so aku just nak copy paste je dari blog yang aku suke baca ni..(kiranya ambik sumber org sikit) sbb idea aku untuk hari ni agak surut dengan masalah-masalah tertentu..(pening nak pkr..cari mood tuk ceriakan hati..)... tp sbb jari ni gatal sangat nak taip blog ..aku just copy je dan tambah sikit2 perisa tuk page ni..ok..!

Tajuk aku....-

Warna warni Kehidupan.. hehehe  (tajuk bukan main an...)
sebenarnya nak kongsi ...WARNA DALAM HIASAN DALAMAN...mean DECO2 rumah.

selalunya  kite banyak pilihan untuk memilih kaler pada cat dinding umah kite,supaya rumah yg kite duduki akan ada mood/terasa ceria,meriah dan harmoni...

ini ada sedikit info bab kaler pilihan untuk cat umah & deco-deco rumah anda so sapa2 dok pening kepala nak cari kaler cat umah korang.. bleylah baca info yg aku copy paste ni..selamat hayati... peace..!!






BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.


HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.


MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.





MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.







JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.



COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.


HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.



KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'




Yee Mee Sizzling

Bila Hati girang gumbira...masa cuti ni,macam-macam aku nak buat..

Hari ini aku nak cuba resepi lain sikit atau aku xpernah buat. 
YEE MEE SIZZLING...

gambar ni lah buat aku naik selera dan nak cuba buat.
aku pun cuba search kat google resepi ni..
Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee terus dalam kuah..

ini lah hasil aku cuba buat...

sorry nampak mcm biasa je sbb xde hot plate an..tp en suami ckp sedap!
itu yang penting hehehehe....
 


Perkara Baru bermulalah....

salam..salam..!!

Masih belajar buat blog..asik delete saja...so Try lagi dan lagi...
usaha itu tangga kejayaan...cehh...
macam2 cara aku belajar untuk buat 1 blog tp masih ada kesilapan dan kekurangan dan ini hasil yg nak kate boley lah... Blog baruku ni..  LEPASKAN--SEMUA...>>>

Namaku Nora hafezaa (sebutan nama tu sama mcm hafiza tetp ejaan tu agak komersil sikit..) aku seorg wanita,anak perempuan,adik perempuan,kakak perempuan,jugak isteri dan ibu kepada Rayyan darwisy..!
suamiku ialah...adalah..hehehe..dia merupakkan insan yang paling aku cinta dan syg..
dan aku ni mmg jenis suke baca blog org lain lagi2 blog tu popular gila,ramai pengikut dan cerita yg di sampaikan atau pengalaman yg di ceritakan seronok tuk dikongsi bersama,kiranya aku ni pengemar tegarlah baca blog..
so dri situ jugak aku belajar buat benda alahni (blog)..selain dari gemar baca blog org,aku suka membaca tp bukan buku pendidikan atau isu semasa tetp buku cinta..(jiwang karak x?? tp xjiwang pun),suka jugak memasak(try resepi baru..) & deco2 rumah..(biasalah klu dah perempuan an..2 perkara ni mmg xboleh lari dari hidup..)
aku plan nak buat coretan yg simple2 je,santai dan org fhm apa aku taip dlm ni..tp aku ni bukan jenis org yg suke 24jam nak mengadap blog je..sbb bnyak tangungjawab yg perlu aku dulukan..insyallah ada masa terluang dan kelapangan akan ku update blog ku ni...buat tatapan sendiri..atau..(ada ke org nak baca..)huhuhu..

dengan nafas bismillah..welcome to dunia baru...aku,dia dan kamu..
catatan:Nora hafezaa...