~~Anniversary Kami.....~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Resepi Spaghetti Carbonara...

ini resepi aku google.. so aku try...
nampak sedap an.. huhu...

 Spaghetti Carbonara... 
1/2 paket Spaghetti - dimasak mengikut arahan di paket
1 tin sos pasta putih - Lynn choose brand Pergo
4 ulas bawang putih - dicincang kasar 
1 biji bawang besar - dipotong dadu 
10 - 15 ekor udang - dihiris sederhana (nak letak lebih pun boleh)
5 sosej ayam - dihiris sederhana (aku suka banyak bahan so aku tambah fish boll)
 2 batang celeri - dihiris
Minyak 
Lada sulah 
Garam 
1/2 tin air (sukatan tin Pergo)

Cara-cara memasak:
  •   Panaskan minyak...Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau...
  •   Masukkan sos pasta dan air...Biarkan sehingga hampir mendidih...Jangan biarkan jer...Kena kacau supaya tak berketul-ketul plak kuah tu nanti...
  •   Masukkan udang & sosej...Bila dah agak nak masak baru masukkan celeri...
  •   Masukkan lada sulah...Kalau nak pedas sket masuklah lebih sket lada sulah tu...
  •   Sesudah mendidih jer boleh la padamkan api...


  • ok ni hasil aku buat..versi nora hafezaa...!




Hari minggu AKU ditinggalkan...

Helloo semua...selamat siang,

tatkala kesunyian ni...mood nak menaipkan kian kemuncak pulak.. tadi aku key in data cust dlm sistem,akhirnya siap jugak kerja aku untuk hari ini.. dan skrg tiba-tiba tangan ni gatal pulak nak menaip.. bertemanlan notebook yang sekian lama aku guna ni,aku nak meluahkan perasaan di blog aku ni...
 huhu semenjak dua tiga empat minggu ni.. aku asik ditinggal-tinggalkan oleh en.suami tercinta.. bukan atas urusan kerja tp urusan hobi... aduh!! bukan nak merungut tp entah ssh nak cakap weii...mybe sunyi kot bila xada teman untuk berborak dan bergurau senda..
ikutkan aku suka dengan hobi baru suamiku..tp kalau tiap minggu  ditinggalkan rasa sunyi jugak.. dah lah dalam umah itu hanya kami bertiga je.. 2 boleh bercakap mean aku dan suami dan lagi seorg bila aku ckp dia fhm lah kot.. tp bila dia ckp aku xfhm.. hanya senyum dan tangisan dia saja aku fhm...hehehe...siapa lagi klu bukan si kecikku rayyan darwisylah..

korang nak tahu apa hobi suami aku skrg ni..mehh aku kongsi foto ni..
foto ni aku ambik dari handpon en.suami...just nak kongsi-kongsi je aktiviti/hobi beliau..
  •  konvoi di putrajaya..
  • konvoi ke genting highland.. 


  • konvoi ke johor bharu.. 
  • marshall di putrajaya..

  • konvoi ke bukit frase..
ini lah suamiku tercinta...   

(pesanan dari hamba allah ni kepada kau...)
jgn di halang hobi mereka(suami).. biarkan saja suami teruskan hobi.. tidak perlu dihalang,merungut,marah atau tidak suke.. 
adalah lebih baik kite sebagai isteri tahu perkara yg suami kite lakukan didepan mata dari suami buat sesuatu di belakang isteri dan tanpa pengetahuan isteri sendiri 

  • tq pada yg nasihat aku,ada benar jugak kate2nya..peace!!...


p/s: semua gambar disiarkan hak milik LEPASKAN SEMUA@Norayyan.blog...
 






Cuti-cuti di Genting Highland....

sempena hari raya deepavali dan awal muharam lepas...
aku apply cuti hanya 1 hari pada hari rabu itu saja..so total cuti aku jadi 3 harilah..
lama tu cuti..(lama ke??)dan diikutkan pada plan awal aku,tak ada pun tujuan nak pergi bercuti kemana-mana,hanyalah untuk habiskan cuti tahuan aku yg bnyak dan rehatkan badan di rumah saja.
bukan apa,aku hanya terpikir pada bulan 12 nnti,aku dan keluarga hendak pergi bercuti di pulau pangkor..so xdelah perancangan kemana-mana untuk cuti ni..
tiba-tiba pada hari selasa tu akak ipar aku mengajak pergi ke genting highland bersama ayah dan ibu mentuaku pada keesokannya..katenya sudah sekian lama tidak jejakkan kaki ke genting dan niat nak berjalan2 cuci mata  di musim cuti sekolah,so aku pun setujulah..yg ikut serta,selain kami adalah adik iparku sekeluarga...
kirannya ni adalah percutian tanpa dirancanglah..kami tak tido sane pun hanya  balik hari dan habiskan masa di taman tema genting je...

so pada hari nak pergi tu,aku bangun lah awal untuk siapkan apa yag patut..biasalah kalau dah beranak kecik ni bnyak bnd keperluan yang perlu disediakan..
si rayyan kecik ni pun mcm fhm je hari ni nak berjalan jauh..hehehe..


genting highland theme park..last aku masuk sni pada tahun 2008,
masa tu aku xkawen lagi pergi bersama tunang(skrg suami..)...xsabar nak naik atas tu...



sempat lagi bergambar...aku lagi suka ikut jalan lama ke genting..
dari ulu yam - batang kali - genting...
jalannya lebih selamat..dari jln di karak h/way..



 kami dah sampai di skyway genting..ikut keluarga semua nak naik skyway tp sbb aku ni gayat xjadi naik,so bawa kereta ke kemuncak sane...nasib keluarga semua memahami..


sebelum gerak ke atas kami bergambar dulu...kat sni pun dah rasa sejuk...
mybe musim hujan so kabus tebal ditambah angin yg agak kuat..seronoknya..damai je rasa.



sesuku keluarga suami aku..mcm ni pun dah ramai an..siap berkelah bagai tu..
lain dari lain sikit..apa lagi isi perut dulu sebelum masuk ke dlm taman tema..


tengok tu semangatnya abah..bersama rayyan darwisy..


berkemas-kemas..sekarang semua tgh bersiap sedia nak masuk dlm taman tema genting..jomm...kite serbu outdoor...



nnti sambung part ke-2....


Musim hujan...

Hujan...hujan...!
sekarang ni asik hujan je,sane sini hujan pastu mula banjir..
xkira lah kat mane pun..utara,selatan,barat,pantai timur..semuanya hujan...
so KL pun tidak dikecualikan.. Highway MRR2 ampang mula naik air..
pastu mula lah pemandu jalan raya bawa kereta mcm entah apa-apa..Tensen oiii...









 










P/s: HATI-HATI MEMANDU DI JALAN RAYA..!

soalan demi soalan..

Saja nak Tag dari page ini...Soalan yang xtercapai akal tp menarik..
sori yekk pada empunya blog..hehehee...so jom tgk apa aku jawab..:-

TAG 1

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
3 wanita ni (L**A, T*N* & keling depan umah aku)  mmg aku nak tampar sangat,geram gila sbb letak otak kat lutut..panaz...

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
xdapat aku nak jawab..sbb xpernah lak terpikir..
3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Annoying - Meon. Famous - Tun Dr.M. Vain - Aku.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
nak yang sayang/cintakan aku sentiasa jgn cari perempuan lain,pastu yang boleh ikut kehendak aku xkira apa pun..hahahaha

5. Kau penah kentut dalam lif?
pernah lif kat the mall sbb dah xtahan tp nasib xde org dlm lif tu hanya aku seorang2  je..hikihkihk

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
sambal telur ada telur lalat...errkkk xperasan termakan..

7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
k-pop raya...kat astro ria,
8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
xpernah kena lagi tp klu kena aku cari kain yg ada pastu gumpal2 kain tu jadi tebal,lapit kat bawah bontot..pastu kencing..hikhikhik
9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share password fb/email?
biasa share..sbb aku suke curi2 buka dan tgk,biar aku tahu dari xtahu...

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kereta dah separuh mati kaki putus, kau buat apa? hantar gi klinik ke, bunuh supaya tidak terseksa, atau lari menangis sebab tak sanggup tgk?
tgk dulu keadaan tp xtahu lah nak wat apa..blur jap!

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
jerawat pastu picit kasi keluar dan gigi klu nampak sisa makan or tahi gigi aku korek kasi buang lerr...

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
aku copy paste gambar tu masuk pendrive,pastu gi kedai gambar cuci 3 4 keping ..buat saiz A4,1 keping aku hantar kat bf aku,yg ke-2 aku hantar kat betina tu,ke-3 aku post kat famili betina tu dan yg last aku jual kat sesiapa yg sudi beli..pastu baru aku mengamuk!

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2? Pastu orang nasihat taknak dgr.
last aku sound "ko cari masalah pandai2 lah ko selesaikan..!"..

14. Kalau nampak kawan ade taik hidung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr hidung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
benda ni paling xsuke dan geli,aku bagithu terus no simpan2..

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
cite dari thailand LONG KONG!

TAG 2.

1. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
america next top model sbb nak jumpa tyra bank..huhu
2. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
suami aku sendiri sbb dia lasak orangnya..hahahaha
3. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
akademik fantasia..asik nagis je borink tol!

4. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
boleh bawa dan kawal superbike yg berat/laju tu...

5. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok? 
Concert spice girl di istanbul,xpernah tgk tp nak sangat gi tengak.

6. Tattoo. Kau nak? Boleh. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?


TAG paling bangang/kelakar .


1. Apakah yang sedang anda lakukan sekarang?
update status dia fb dan blog...sambil mata perhati org lalu lalang.

2. Kalau boleh, apa yang anda ingin lakukan sekarang?
pergi satu pulau yg cantik bersama suami dan anak tanpa gangguan dari org lain nak rehat puas2..
3. Apakah nama neighbour anda yang anda tahu?
entah xkenal baru pindah,pastu org sebelah sombong!

4. Bilakah kali terakhir anda bercuti dengan rakan-rakan/ahli keluarga/perempuan simpanan/lelaki simpanan/ seorang diri?
bulan april 2012 port dickson gan johor kampung bapak aku..

5. Jika tiada orang di sekeliling anda akan..?
nak jeritkorek hidung..gatal...

6. Warna langsir kegemaran anda adalah..?
warna gray..xgelap sangat or cerah..senang nak suai padan gan perabot dan cat rumah..

7. Apakah perangai rakan anda yang anda paling menyampah?
poyo konon hebat...

8. Siapakah rakan anda yang paling kelakar?
farah huda suka buat lawak spontan..pastu wat muka mcm x bersalah...

9. Yang paling tak kelakar pulak?
klu ckp xguna otak sampai buat org terasa..

10. Anggota badan anda yang paling hot?
apa yekkk entah..?? nnti tanya laki aku..

11. Anggota badan pasangan anda yang paling hot? (*feedback pembaca blog anda kepada jawapan anda adalah tanggungjawab sendiri heheh!)
xtercapai akal nak jawab...

12. Siapakah celebrity yang anda paling suka tengok kat red carpet?
kalau kat malaysia dato ct gan dato k
hollywood focaz lah Brad Pitt dan Angelina Jolie..

 13. Apakah perkara yang anda wajibkan kepada semua pasangan anda lakukan kepada anda?
buat bodoh sudah...!hahahaha

14. Adakah mereka suka melakukannya?
hak masing2..suke mereka lah....

15. Perangai anda yang anda paling tak suka?
kepala angin..cepat nak marah je...pastu melulu..hahahaha

16. Perangai anda yang anda paling suka?
baik hati...(angkat bakul ok!..)

17. Kalau anda boleh belasah sesiapa sahaja pada masa sekarang, siapakah orang yang anda nak belasah itu?
nak tikam boleh x??xnak belasah klu bleh nak ilangkan beliau dari muka bumi ni..
L**Z , T*N* dan keling depan umah...
18. Kalau anda boleh pilih apa-apa kerja, apakah kerja yang anda mahukan sekarang?
jurutera kapal selam..

19. Jika anda seorang yang sangat kaya dan dibenarkan memelihara anak-anak ikan, siapakah yang anda akan pilih untuk menjadi anak-anak ikan anda?
?????????.......................................

20. Adakah anda bahagia?
Bahagia bila gembira!








Rayyan Darwisy ku 10 bulan...

 Anak Bujangku sudah 10 bulan...teruja kejap ok!..
sbb anak dah makin besar,bijak dan lasak...huhuhu 
(berpeluh ketiak jugak mengejar rayyan darwisy merangkak..laju tu...)


jom layan gambar dia...tengak ni...

 semua benda nak capai..usik sane sini asal dpt pegang pun dah ok... !




semua benda dia nak buka xkira lah apa2 pun..
paling suke buka almari pastu hempaskan kuat-kuat..
pastu ketawa mcm muka xbersalah ok..!



 semua benda dia nak masuk..
xkira kotak ke,beg baju ke atau bakul...asal dpt masuk..!!
pastu xnak keluar-keluar lak..
apa syok sangat dok dlm tu..Rayyan...




semua benda dia nak panjat..
xkira lah apa-apa pun...
asal dapat buat kalau di larang,kitepulak kena marah ok!...
(sapa patut marah sapa ni...??)





semua benda dia nak gigit xkira keras ke lembik....
asal suke semua masuk mulut..klu gigit org pun dia suke..




hanya tgk tv je dia x tgk semua rancangan..
hanya kartun boboiboy saje yang menjadi pilihan hatinya...
dapat gak lah rehat 1/2 jam sbb dia dok layyan cite ni..so layyan...



semua benda nak terjah xkira bahaya atau tidak..
orang sibuk nak buat keje..dia pun sibuk nak tolong...
paling suke usik barang-barang abah dia..mcm fhm je..apa abah buat..




pastu bila dah tido xbley bising ok..nnti kalau dah bangun abis semua
 aktiviti di atas dia nak buat....shhhh......

 ini lah anak aku Rayyan DArwisy..
umi doa rayyan jadi anak yang soleh,bijak,hormat org tua dan penyayang..
semoaga rayyan sihat sentiasa dan membesar jadi anak yg baik..amin..
peace!!...






Warna-warni kehidupan....

borink kian kemuncak pulak pagi2 ini,so aku just nak copy paste je dari blog yang aku suke baca ni..(kiranya ambik sumber org sikit) sbb idea aku untuk hari ni agak surut dengan masalah-masalah tertentu..(pening nak pkr..cari mood tuk ceriakan hati..)... tp sbb jari ni gatal sangat nak taip blog ..aku just copy je dan tambah sikit2 perisa tuk page ni..ok..!

Tajuk aku....-

Warna warni Kehidupan.. hehehe  (tajuk bukan main an...)
sebenarnya nak kongsi ...WARNA DALAM HIASAN DALAMAN...mean DECO2 rumah.

selalunya  kite banyak pilihan untuk memilih kaler pada cat dinding umah kite,supaya rumah yg kite duduki akan ada mood/terasa ceria,meriah dan harmoni...

ini ada sedikit info bab kaler pilihan untuk cat umah & deco-deco rumah anda so sapa2 dok pening kepala nak cari kaler cat umah korang.. bleylah baca info yg aku copy paste ni..selamat hayati... peace..!!






BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.


HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.


MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.





MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.







JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.



COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.


HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.



KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'




Yee Mee Sizzling

Bila Hati girang gumbira...masa cuti ni,macam-macam aku nak buat..

Hari ini aku nak cuba resepi lain sikit atau aku xpernah buat. 
YEE MEE SIZZLING...

gambar ni lah buat aku naik selera dan nak cuba buat.
aku pun cuba search kat google resepi ni..
Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee terus dalam kuah..

ini lah hasil aku cuba buat...

sorry nampak mcm biasa je sbb xde hot plate an..tp en suami ckp sedap!
itu yang penting hehehehe....
 


Perkara Baru bermulalah....

salam..salam..!!

Masih belajar buat blog..asik delete saja...so Try lagi dan lagi...
usaha itu tangga kejayaan...cehh...
macam2 cara aku belajar untuk buat 1 blog tp masih ada kesilapan dan kekurangan dan ini hasil yg nak kate boley lah... Blog baruku ni..  LEPASKAN--SEMUA...>>>

Namaku Nora hafezaa (sebutan nama tu sama mcm hafiza tetp ejaan tu agak komersil sikit..) aku seorg wanita,anak perempuan,adik perempuan,kakak perempuan,jugak isteri dan ibu kepada Rayyan darwisy..!
suamiku ialah...adalah..hehehe..dia merupakkan insan yang paling aku cinta dan syg..
dan aku ni mmg jenis suke baca blog org lain lagi2 blog tu popular gila,ramai pengikut dan cerita yg di sampaikan atau pengalaman yg di ceritakan seronok tuk dikongsi bersama,kiranya aku ni pengemar tegarlah baca blog..
so dri situ jugak aku belajar buat benda alahni (blog)..selain dari gemar baca blog org,aku suka membaca tp bukan buku pendidikan atau isu semasa tetp buku cinta..(jiwang karak x?? tp xjiwang pun),suka jugak memasak(try resepi baru..) & deco2 rumah..(biasalah klu dah perempuan an..2 perkara ni mmg xboleh lari dari hidup..)
aku plan nak buat coretan yg simple2 je,santai dan org fhm apa aku taip dlm ni..tp aku ni bukan jenis org yg suke 24jam nak mengadap blog je..sbb bnyak tangungjawab yg perlu aku dulukan..insyallah ada masa terluang dan kelapangan akan ku update blog ku ni...buat tatapan sendiri..atau..(ada ke org nak baca..)huhuhu..

dengan nafas bismillah..welcome to dunia baru...aku,dia dan kamu..
catatan:Nora hafezaa...